Masa memang mencemburui. Kenangan juga mencemburui, kadangkala merobek ego yang dibina. Kenangan juga menjadi titik paksi di mana kita di hari ini. Kenangan juga adalah satu titik pertemuan persamaan, yang mungkin di akan terus beraliran lurus bersama ataupun membawa kepada aliran yang berlainan.
Justeru, pilihan dalam hidup, setiap langkah dalam hidup penuh dengan akibat. Baik, buruk, termaktub di bahu kita, kerana setiap tindak tanduk adalah dari pemikiran akal yang dewasa. Kalau ianya baik, baiklah ia. Kiranya keputusan dari tindakan itu adalah buruk, maka tanggungan itu juga adalah tanggungjawab diri sendiri.
Aku nyatalah bukan seorang yang terbaik dalam membuat keputusan. Terlalu banyak yang aku lepaskan atau kesilapan yang aku sendiri tak terkira. Sesal? Mungkin. Kukuh memegang keputusan? Mungkin.
Walau apa pun keadaannya, menyesal atau tidak, seseorang berhak untuk mengenang memori. Kerasa memori dan kenangan menjadikan siapa kita hari ini. Kalaupun hubungan itu mungkin tiada lagi, tapi gelak tawa dan gurau mesra itu adalah sesuatu yang bisa mengukirkan semula senyuman di bibir jika dikenang.
Dari itu, aku memilih untuk tersenyum.
Dalam hidup, ia adalah penting untuk kita terus kehadapan dan tidak lagi memandang ke belakang kerana apa yang sudah berlalu, akan tetap berlalu.Tetapi dalam pada itu, kadangkala kita perlu berhenti sejenak, dan berfikir tentang apa yang telah dilakukan, sedang dilakukan dan yang akan dilakukan. Adakah segalanya "worth it" dengan hasilnya? Adakah nilainya berpadanan dengan kasut kesayangan rosak akibat masuk ke dalam sungai untuk menyelamatkan seorang yang tidak dikenali? Dan disitu kita berhenti untuk memikirkan, tindak tanduk yang dilakukan.

Berhenti dan renungkan, apakah yang kita tinggalkan, yang kita sedang hadapi dan bakal hadapi.
dalam pada itu, tidak salah kiranya sekali sekala kita merenung ke belakang, dan mengimbau kenangan2 indah yang pernah dilalui, kerana ianya mengundang senyuman....

Dan saat-saat di mana aku masih peduli itu, tidah aku sesali. Apa juga yang membawa aku selepas ini, aku terima. Kerana ia telah terjadi.
ps: cubaan menulis sepenuhnya dalam bahasa malaysia. teruk. tapi sekurang-kurangnya aku mencuba.
ah.emosi.membuai lagi.
xoxo,
penghunisydney.

Dan saat-saat di mana aku masih peduli itu, tidah aku sesali. Apa juga yang membawa aku selepas ini, aku terima. Kerana ia telah terjadi.
ps: cubaan menulis sepenuhnya dalam bahasa malaysia. teruk. tapi sekurang-kurangnya aku mencuba.
ah.emosi.membuai lagi.
xoxo,
penghunisydney.






0 ramblings:
Post a Comment