Thursday, November 05, 2009

selamat pengantin baru...

1999, masa mula2 aku jejakkan kaki ke Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, dikenalkan dengannya. Ketua kelas 4 Hajar dan 5 Hajar. Masa tu, loghat Besut dia pekat yang amat. Balik-balik asyik ulang, Republic of Besut. tak sudah2. Teriingat gelagat masing2.

Kalau diingatkan balik cara pakai tudung, baju yang melondeh kebelakang, cara jalan yang bersepah, dan huru hara dia..memang takkan sangka, satu hari nanti, dia akak jadi seorang yang bergaya...BERKASUT TUMIT TINGGI *ini penting kerana itu di bold dan caps..hinshinshins*..bertudung lilit2, *so-called-gaya-yuna*, make up, handbags, dan yang paling penting menjadi seorang isteri yang manja. *cough cough*.

Dulu we were never really the best of friends. Bagi aku, honestly dulu aku rasa dia elite punya gang. Tapi dia tak pernah beza-bezakan kawan. Cumanya, ketika itu aku kurang faham sikit bahasa pantai timurnya. Udahla tu, cakap laju macam keretapi tak berhenti-henti *time tidur pun cakap, mengigau*.

At that time, aku dengan result yang *phew, kesat peluh, tak sanggup nak expose*, dan asyik homesick je, merasakan tak layak sebenarnya duduk sekolah tu, dapat nombor pun top 10 dari belakang. Jadi rasa rendah diri tu, macam gunung dalam hati. Tapi dia tetap dia.

Ada satu kali, di Musolla, aku duduk sebelah dia. Aku ingat lagi aku rasa kagum dan respect pada dia bila baca al-quran dan dia boleh terjemahkan pada aku maksud2nya. Skill dan kebolehan memahami bahasa arabnya, aku cukup kagum. Dia pandai, tapi bukan nerd yang lurus bendul. Dalam huru hara dia, jalan lintang pukang bersepah, cakap buat lawak bising sana sini, class rep yang membiarkan kami riang ria bersampahan sama tinggi dengan kami, memang rock la...tapi, dia ada ilmu dalam diri. Sampai aku masuk uni pun aku tetap ingat dia.

Aku respect dengan dia. Masa aku kat Melawati, aku banyak jahilnya. Tapi aku rasa syukur dapat masuk sekolah tu sebab dipertemukan dengan orang2 yang membuatkan aku kagum, dan berkongsi ilmu dengan aku, bukan ilmu pelajaran je, tapi ilmu agama.

Dulu, ape itu usrah pun aku tak tahu. Yang aku tahu nak pakai baju sekolah tanak pakai camisole dan pakai bra super sexy yang tali halus macam bikini, kain leret, tudung pendek so boleh jadi sexy a** yang hot tp brutal. Owh, matilah dulu takkan admit, tapi bila fikir2, bodohnya saya. very cheapskate.

Anyway, *itu cerita sudah tersasar dari track..back to track*, knowing her for almost 10 years, she has been good friend. For the past couple of months, we've been close. Chat, email and finally handling things together semasa reunion sekolah. I will never be able to pull it without her, in fact, because of her the reunion berjaya diadakan.

Seronok aku tengok ko finally kahwin. Finally become his. Lupekan merepek meraban lain, be a good wife, a good mother, a good doctor, a good daughter, and tak lupe, a good army *har har har*. pergi sahara, tolong la, aku nak poskad. tapi nanti aku confirm kan ke mana ya.

aku tak pandai nak type ayat indah2 cantik2 drama2. drama untuk diri sendiri je lebih. tapi, i mean it. aku sayang le ko. thanks for the treat sepanjang aku di besut. harap ko selamt pergi dan selamat balik dengan amir. amir tu rock la.cool gile. you really should be thankful to be his.

And for that...aku tamatkan posting panjang ni dengan gambar2 sekitar wedding mu di REPUBLIC of BESUT. thanks to your family yang super besar dan cool *dia ada 16 adik beradik okeh!!!*. Selamat pengantin baru buat RECK@MIDAH dan AMIR.

ikhlas.

Aku.

ps: cepat2 buat Reck Jr/Amir JR. ^_____^


tiba2 reck punya eyelash memanjang.ahaha.

jelingan mengguda..auwww...untuk amir je ni skrg..

diva tuan punya blog mesti la bercamwhore juge.

dengan miza, kawan reck dari army.

cium tangan amir tu, jgn tak cium.

auwww...schweet...

melanje le aku juge..huu.

dgn beberapa orang adik beradik...orang lain senyum, dia nanges. baru lepas teriak nanges salam mak..siap buat dialog "kenapa aku nanges ni?" ahhaa.baru ko rasa emosi sedih tu.

hoish.tak sampai 24 jam, dah paling ka?

auww...jelingan you...tak tahan..tak jadi gaduh la.

schoolmate, classmate, hajarianz...9900. me, dr reck and dr dayah (aku tadek dokte2 ek)

sekarang tengok, sape pegang senjata? bukan askar dah. tp kitorg bukan m-16, tapi M-JARI SENDIRI..jangan bergerak! awas! ceng ceng ceng.

ok.aksi camwhore bermula lagi. bertabahlah.

entah camne kaler tudung boleh same dengan baju reck...

sofia yang comel yang dok mengekor cik idah sepanjang hari sebab katanya "cik idah suruh kipas" ha, amek ko...dia sampai nanges2 nak cik idah sebab cik idah suruh kipas. tuh la ko, ko suruh dia, dia buat betul2..

amek berkat.auwww.

pouting pouting.

pengantin senior pulak bersanding. pengantin junior jadi pak pacak je ye.

sofia yg tulus mulus comel. sayu dengar tangisan dia nak pergi kat cik idah tp cik idah nak bergambar dengan keluarga...dia plak sibuk nak mengipas atas pelamin..huu.

kakak yang lebih besar dah matang serta mendengar kata.

posing atas katil. ok. pose untuk tontonan umum je ye.

owh, ini dengan emy, sorang lagi hajarian merangkap mak buyung. huhuhu. kiri tu husband dia. dan bwh tu nadia, anak buah reck. lagi sorg tu, auww..tetamu kehormat.

sekian.

4 ramblings:

arin said...

beb , u pakai tudung merah, baju putih..ingat kan memula tadi nak gie mesyuarat wanita umno je..:)

eh, b4 ke sydney bagitau tau..ur calendar 2010..nanti kita date kat aeon AU2 ek?

fatin itu saya said...

hahaha.itu pink tp dark sket. tp still, pink pun akan di kaitkan dengan puteri umno.

ni semua wanita/puteri umno la amek kaler2 favourite. tiap kali pakai putih/merah/pink mesti kena relate. cis cis.

ok. weekdays bolehkah?

This is .... said...

nice review.. kembang kuncup b*ntot recks.. haha..

Yes, you are correct.. aku pun kagum dulu masa mula2 tengok dia belajar bio.. mcm mana minah ni boleh hafal banyak..

hamiDahRecKs said...

ko nie saje je tikah..wat aku meleleh air mata. hidung..huhuhu
thanks for every single nice word//hikhik
actually..aku nie mmg baik dan mulia hati n bagus..harharhar...* biol plus kembang mode*